Isnin, 22 Disember 2008
Ahad, 21 Disember 2008
SENYUM SEJENAK
Isnin, 15 Disember 2008
ROS MERAH
Ahad, 14 Disember 2008
SESI AUDITION
UCAPAN TAHNIAH
Khamis, 11 Disember 2008
KOLEKSI GAMBAR SEMASA PEMILIHAN SEPARUH AKHIR BINTANG RADIO
Rabu, 10 Disember 2008
IMBAS KEMBALI DI ZAMAN KANAK-KANAK
Roti ane masih ada lah masa ane, tapi yang pemadam atu..inda pernah lagi terlihat berjual d kadai..alahaiii..pemadam masa zaman sekolah macam-macam bentuk ada anggur dan oren..wow
Beg Pencil ah...canggih tu depan belakang dapat simpan barang, yang permainan atoo..ingat kah masih penguin perlahan-lahan turun...siuk kale ah meliat ia turun ato.
Ninja turtles siri cartoon yang di sukai ....depan tv tu inda mau miss kan meliat...waaaa
Popeyyeee helpp meee......sampai karang ane kanak-kanak pun suka meliat..while for the bubblee gum atoo ada kah masih tu ah bejual..sanggup tu membali di kantin sekolah....
Pistol ahhh..bah jangan hampir ...TORA suka ku tu iklannya dulu ah...
Selasa, 9 Disember 2008
Selamat Hari Jadi untukmu ka zumai
a piece of pink cake for u ...ka zumai teringat pulang liya time tane duty vokal harmoni nah...........wish dapat tane berdua-duaan lagi duty that programeee...p pyah jua mai takut ada yang maraah nanti...takut tane jadi top 5 hehehe....bah lupakan lah tentang itu buat dirimu ka zumai happy happy bufday dear...stay cute n slambaaa jeeee.
Isnin, 8 Disember 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
RETRO 941
Jumaat, 5 Disember 2008
JADUAL BERTUGAS
Untuk semua, liya akan bertugas keudara pada tarikh dan masa yang tercatat di bawah ini. Bertugas dari saturday nite fever hingga hari sabtu dan ahad yang indah minggu depan.
Sabtu - 6/12- 8.00pm -12.00am - Segment Retro941 (10.45pm onwards)
Isnin - 8/12- 1.00pm -5.00 pm - Hari Raya Aidiladha @ Mesra Bersama Biskita
Rabu - 10/12-12.00 am - 6.00 am - Lagu evergreen dan lagu antarabangsa
Rabu - 10/12- 5.00 pm - 8.00 pm - Lagu mesra dan simfoni harmoni
Ahad - 14/12-12.00 am -3.00 am - Sembang-Sembang Malam minggu bersama Dj "NOI"
Semoga liya dapat bertugas pada masa yang di jadualkan dengan lancar dan sebarang perubahan adalah di bawah kawalan liya sendiri hehehehe...
DOA PILIHAN
Wahai Tuhanku lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang kamu jadikan mudah. sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.
Doa di atas di perolehi melalui: www.religious-affairs.gov.bn
Rabu, 3 Disember 2008
HAPPY BIRTHDAY
HAPPY BIRTHDAY TO DJ NORIDAH "DJ NOI"
Selasa, 2 Disember 2008
SCHOOL HOLIDAY
Beberapa tips untuk mengiskan masa percutian:-
*Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, melakukan riadah bersama
*Melawat tempat-tempat yang menarik di seluruh negara ataupun ditepi pantai atau taman rekreasi, boleh pergi ke Pantai Muara,Pantai Serasa, Taman Simpan Berakas dan banyak lagi lah pantai di negara kitane ane tempat untuk berkelah.
*Bersukan
*Menonton Wayang bersama keluarga
*Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
*Berkunjung ke perpustakaan awam yang berhampiran tanamkan tabiat suka membaca
*Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
* Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
*Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan
Nahh macamana ada idea bagaimana untuk mengisikan masa cuti sekolah ane, semoga dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para ibu bapa dan adik-adik yang sedang bercuti..SELAMAT BERCUTI!!!!!
Isnin, 1 Disember 2008
Ahad, 30 November 2008
KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH
* Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis yang menyatakan kelebihan ibadah ini.
* Berpuasa pada hari-hari tersebut sekadar kemampuannya, terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia merupakan pilihan Allah sendiri. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Qatadah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
* Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya. Firman Allah yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum). (Al-Haj : 28). Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari pada bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan zikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di antaranya, Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq meriwayatkan bahawa para Fuqaha (ahli fikah) di kalangan tabien (generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu (Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilhamd). Kerana ia amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, di jalanan, masjid dan sebagainya berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas nikmat-Nya memberi hidayah kepada kamu). Juga dibenarkan pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala doa yang baik.
* Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah. Manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda, Sesungguhnya Allah cemburu (tidak suka) apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya (Muttafaq alaihi).
* Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi lebih disukai oleh Allah jika dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
* Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat-solat fardu (yang dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Hari Raya Haji (10 Zulhijjah). Kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ketiga belas Zulhijjah.* Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s. setelah Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Ismail a.s. tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
* Imam Muslim meriwayatkan daripada Ummi Salamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (menyembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya daripada (memotong) rambut dan kukunya. Dan di dalam riwayat lain, Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.''Terdapat persamaan perintah (agar tidak mengerat kuku, rambut atau bulu di badan) ini dengan mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya. (Al-Baqarah : 196).Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada tuan punya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya, melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya. Adalah tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
* Setiap Muslim hendaklah berusaha menunaikan solat Hari Raya Haji secara berjemaah, menunggu untuk mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnya setiap individu Muslim mengetahui hikmah di sebalik perayaan ini yang merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan di samping menjauhkan diri melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, seperti mengerjakan maksiat, menyombong diri, bertengkar, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
* Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya. Semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Info di dapati melalui web: muslimini.blogspot.com
Jumaat, 28 November 2008
RETRO 941
Untuk malam ini lagu yang akan di beri peluang untuk mereka yang minat untuk bernyanyi, sediakan lah lirik lagu biskita, lagu yang di kongsikan ialah lagu:-
Menaruh Harapan
Artist: Zaiton Sameon
Sepanjang perjalanan iniLembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cariBelum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Dihati kecil ku menaruh harapan
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...
bah apalagi marilah kita senangkan hati bersama di harmoni fm
Ceriakan malam minggu biskita dengan RETRO 941......
Gambar DJ'S Harmoni fm
Kawan-kawanku kamceng di harmoni fm dj-dj yang sentiasa menceriakan harmoni fm, from the left yang semangat dengan tangan haiiiiii itulah liyaa ceeekk,dj jack,dj hilmi, dj is (yang duduk display gambar sendiri lagi dooong), dj noi,dj khadijah,dj nazeerah dan dj noridahaniwati. Semoga kawan-kawanku ini akan sentiasa ceria selalu...
k@ zum@i apakah yang sedang di perkatakan itu, asyik jua dj noi n dj nazeerah mendangar, apa kan kamu ceritakan atu, buleh tumpang sekaki kah....iyelah tu kalau sudah berjumpa sesama kami atu macam-macam cerita tah tu.
CARA MENJADIKAN RUANG KERJA SELESA
Hari Jumaat yang indah, bertugas di konti harmoni fm dari jam 10 pagi hingga 1 tengahhari. Di perjalanan bertugas keadaan cuaca redup dan mendung di awal pagi, mentari tak bersinar di pagi ini, cukup mendamaikan alangkah indahnya hari ini. Dj liya keudara lagii....ceriakan hari dengan lebih bersemangat menghadapi hari ini..semangatnya!..Most of the times reading on the SMS(ucapan tahniah dan selamat). Selamat Hari jadi buat semua yang bufday hari ini 28hb November 2008, semoga panjang umur di murahkan rezeki, berjaya dalam kehidupan, jangan lupa senyum yeaa. Apa yang menarik dapat di kongsikan pada pagi ini ialah tentang bagaimana Cara menjadikan Ruang Kerja Selesa, sememangnya dalam bekerja kita inginkan suasana yang mengembirakan yang dapat menceriakan keadaan dan tidak ada istilah "bosan atau nya orang puteh "Bored" alahai cakap orang putehh deeh. Cara atau tips yang dapat di kongsikan ialah:-
Selasa, 25 November 2008
SeMBaNG-SeMBaNG M@L@M MiNggU
Hyeee semua ....macam-macam ada ..clik clik saja kan cerita wah alahai what we have last Saturday its midnite and early morning blues of "SUNDAY" , liya and Dj Noi having sembang-sembang malam minggu 12 am til 3 am yeaa...bersengkang mata, the topic yang kami share dan bukakan untuk pendengar bagi pendapat ialah"CINTA DAN KASIH SAYANG" woww , first caller its HIM pendengar yang begitu setia dengan harmoni fm then the second caller is NAFSIAH then AISHAH dan seterusnya sehingga mendekati ke pukul 3 pagi , semakin hot ane wah "PANAS-PANAS" tentang cinta, masing-masing dengan pendapat mereka yang tersendiri juga petua tentang bagaimana mengeratkan perasaan cinta dan kasih sayang yang begitu halus untuk di jiwai ...catat liya catat...., kepada semua yang call dan send sms di ucapkan ribuan terima kasih, tanpa biskita siapalah kami alahaai...yang calinya buat kami ketawa lagi , ada one caller yang menamakan dirinya Cinta, alahai menjiwai tu.. dan ada jua yang sempat bertanya apa sebab timbu jerawat>>>hehehe keluar topik ane wah, susah hatinya kali jerawat batunya timbul...ciaaan , apapun kepada semua thanks a lot for making that programme so cheerful dan Panas Panas dengan issue CINTA yang sukar untuk di mengerti Cinta oh CINta...Don't forget to join us again next month December blues..love to all
RETRO 941
Congratulation to Abdul Halim of Telisai for jadi juara mingguan for minggu ketiga Retro 941 dengan lagu "Pada Syurga Di Wajahmu", eventhough liya inda handle Retro for that week coz liya kena duty 12 midnite but ada masa jua lah mengikuti that programme. Thanks pendengar, expecially retro listners yang suka menyanyi atu stay tune yee selalu every weekend "Ceriakan Malam Minggu Biskita Bernyanyi bersama kami di Harmoni FM FM FM". Dont forget to join Retro 941 this coming 29th November..if penerbit awal bagi lagu yang akan di nyanyikan, for sure liya will share the lirik di blog ini untuk memudahkan biskita bernyanyi nanti. Just wait for it ok....Setia lah bersama yee. Kepada penerbit ReTro K@ Zum@i yang tengah cuti, seronoknya cuti jangan lupa Geng Bas Sekolah di konti yang sentiasa menantikan kehadiran mu hehehe.. alahai
RESEPI
MINUMAN
"MILO DOUBLE SHAKE"
Haii alahai, bagi mereka-mereka yang suka milo yeeaa, liya want to share one simple menu which is so easy to make , just make sure ada milo yeaa
Bahan-bahannya:-
8 sudu besar Milo
2 cawan susu rendah lemak Nestle
4 skop aiskrim coklat Nestle kalau inda ada that brand aiskrim lain pun boleh lah!
selepas itu....iklan jap...blink blink seterusnya:-
Kisar semua ramuan di dalam pengisar sehingga sebati, jangan lupa campur ice batu sedikit
Lepas itu tuang minuman ke dalam gelas dan hiasi dengan aiskrim di atasnya.
Selamat mencoba dan di harapkan u all gonna like it so MUCH!