Khamis, 7 Mei 2009

"MALAM NOSTALGIA" MENJEJAK KAMPUNG KALI KE 5

Hjh Zainah di antara artis yang bersama dalam memeriahkan Malam Nostalgia anjuran harmoni fm menemui penduduk kampung belimbing pada 1hb Mei 2009 (malam sabtu) bermula jam 8.30 malam. Malam Nostalgia menampilkan penyanyi tempatan (lama dan baru) mendendangkan lagu-lagu nostalgia.
Rakan Dj Hjh Rosnah dan Dj Hjh Siti Khadijah yang mana durang malam atu jadi pengurus bahagian Kuiz...
Inilah jejaka-jejaka harmoni fm bersama pihak penganjur yang sponser baju semua staff harmoni fm malam atu...terimakasih yeee...lain kali sponser lagi...Dj Jack,Mr X (mcm Dato K siti tah jua), Dj Shareen dan Dj Hilmi
Inilah barisan model-model yang tercalon dalam pemilihan Ratu Kebaya Sendat ehe...ada tah jua wang salat nahh...pandai posing kawan-kawanku ani banaaa...calon model: Liya,Nazeerah,Hjh Noridah, Iskandar, Hjh Fauziah, Zumaidah,Hjh Khadijah dan Hjh Rosnah...sorry geng yang lain yang inda tersenarai mana kah durang masa atu....bekeliaran sekeliling dewan kali ehe..
Dj Shareen apa yang cali atu kan...Dj Jack macam tau saja ...mata meliat camera ah...Dj Hilmi ...apa yang di selirik atu kan...jangan pandang belakang ah...al maklum malam kali ah..

PROJEK MENJEJAK KAMPUNG ANJURAN RADIO BRUNEI KALI KE 5 DI MUKIM KOTA BATU

Gambar aktiviti penduduk Mukim Kota Batu di lekatkan pada niru (luruskan tu) so unik eh..di simpan di dewan pameran di bukakan untuk kunjungan orang ramai ketika itu
naah ani tah baju yang ada di jual masa pameran atu baju-baju ani di tempah khas oleh pihak RTB ...tempat lain nada ne..yang baju warna oren (ooen nya kajah kasum) macam lia pernah lihat dong..p di mana yeaa
Masa majlis pembukaan atu kan tersangat lah panasnya di dalam dewan atu..kerana tidak tahan panas kami rehat dan bersantai di luar dan apa lagi ambil gambar ehe..posing duduk ehe..yang duduk di depan atu antaranya Dj Nooridahaniwati, Dj Hjh Noridah dan Dj Nazerrah dan yang di belakang inda mau tinggal atu siapa lagi kalau bukan yang empunya blog ini leee
Lepas acara masing-masing cari makanan ehe...cari punya cari rupanya ada disediakan di belakang dewan..apalagi acara makan pun bermula..menu utama nasi lemak, selepas makan atu besusun macam keretapi kami begambar bersama rakan-rakan di nasional fm...model-model radio ne....ada yang berkenaan kah..ehe hantar sms ke 8885555 (kod jangan lupaa daa)

PROJEK MENJEJAK KAMPUNG ANJURAN RADIO BRUNEI KALI KE 5 DI MUKIM KOTA BATU

Projek Menjejak Kampung kali ke 5 anjuran Radio Television Brunei dan Mukim Kota Batu telah di adakan pada 1hb Mei 2009 hingga 3hb Mei 2009, ianya di adakan di Kampung Belimbing Subok, Mukim Kota Batu, ianya berlangsung di sekitar Dewan Bandaran, Kampung Belimbing Subuk
Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang hj Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga Jabatan Perdana Menteri
Di bahagian pameran yang tersenyum ayu atu antaranya Dj Rosmah dan Dj Hjh FauziahPersembahan koir dari Mukim Kota Batu memeriahkan lagi acara pembukaan menjejak kampung pada pagi itu

Ahad, 19 April 2009

KELAB HARMONI

Kelab Harmoni kembali bersama pendengar-pendengar harmoni fm pada Ahad 19hb April 2009, sungguh meriah sekali ramai ahli-ahli kelab lama dan baru datang memeriahkan suasana pada petang itu, berkonsepkan lagu-lagu dari bintang Lagenda P.Ramlee dan Biduanita Saloma, sembutan sungguh menggalakan sekali sehinggakan kelab harmoni minggu ani di siarakan awal dari sebelumnya yang mana rancangan di mulakan mulai jam 3.45 petang sehingga 5.00 petang. Rakan penyampai pada petang atu ialah Dj Gee(baju biru) dan Dj Hjh Fauziah(Baju bunga2), sementara itu gambar2 di atas ialah Dj Rosmah(baju hitam), yang berdiri Dj Zumai,Dj Liya dan Dj Noridah

Di antara ahli kelab yang datang

Teka...siapakah ini? anitah pendengar setia harmoni, Uda Dk Normah...pada petang atu sempat jua beliau ikut bernyanyi..boleh tahan..inda di sangka pandai bernyanyi rupanya

Tempat duduk penuh sampai ada yang sanggup berdiri sehingga penghujung rancangan...atu baru namanya setia

Alahai...anaa datang dari mana? hehehe..Him dan Hj Jailani menari ala apa yee...ala arab kaa hehehe

Di antara ahli kelab
Serbanun Kula,Dk Hjh Damit(tudong pink),Aishah,yang di ujung atu lia lupa namanya dong...

Di antara ahli kelab yang sanggup turun dari Kuala Belait dan Tutong
Gambar: Lina Pandan(biru),Dj Rosmah,Babu M dan di belakang Rosini (tudong purple)

Dj Hjh Fauziah, Nafsiah...di belakang atu Tuan Haji Dollah

Siti Hawa,Dewi(hijau),Aishah dan Dk Hjh Damit

Siti Hawa, Dj Zumai dan Kajah Bibah
Kepada semua ahli kelab harmoni lama dan baru, terima kasih sudi datang dan tidak lupa di ucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan biskita jangan lupa jumpa lagi pada bulan Mei dalam Jejak Kampung dan Kelab Harmoni yang akan datang....Jumpa di sana...


Rabu, 15 April 2009

KELAB HARMONI

KELAB HARMONI 2009

Kelab Harmoni kembali lagi setelah sekian lama menyepi dari persada seni hehehe...dari harmoni fm laa, sememangnya ahli-ahli kelab menantikan agar rancangan ini kembali bersama pendengar semuanya...Finally kelab harmoni kembali bersama pendengar-pendengar harmoni pada 12hb April 2oo9, rancangan kelab harmoni akan bersama pendengar setiap dua kali sebulan.

Inilah teman sepejuangan di harmoni fm yang menjadi penyampai pada petang itu iaitu Dj-Dj yang sudah glam gitu dengan rancangan berpantun..mereka ialah Dj Is dan Dj Zumai (nama glam ka zumai x ah) sesuai durang ani di tamukan macam-macam pantun wah adanya kelurusan tah jua Tuan Haji Dollah ada datang meriah tah lagi dengan pantun naaah. Teman yang di belakang atu atu Dj baru harmoni Dj Rosma pakai baju belang2 dan yang cute pakai tudong ikin atu Dj Nazeerah.

Ani di antara mereka yang datang dalam rancangan Kelab Harmoni, sorry ah gambar inda berapa clear, di antara yang ada datang Kajah Norsiah (Dapur Harmoni) inda di sangka rupanya pandai menyanyi kajah ah...Hj Dollah, Sarbanun Kula dan ramai lagi yang inda kami sangka ada datang siapa naaah...gambarnya ada di bawah ah..

Sayang eh inda tia clear gambar ani, atu yang pakai baju biru menari ani iyatah namanya Hj Jailani ne...inda kami sangka ada ia datang...


Tuan Haji Saban Nasar, peminat dan pendengar harmoni yang begitu setia sempat menyumbangkan lagu dalam rancangan kelab harmoni pada petang itu.

Jangan lupa untuk bersama dalam Rancangan Kelab Harmoni pada Ahad 19hb April 2009 ini bermula jam 4 hingga 5 petang. Pada mereka yang ingin bersama bernyanyi dalam rancangan berkenaan pastikan biskita awal datang dan membawa bersama VCD masing-masing.
Sampai jumpa lagi...


Selasa, 14 April 2009

AKTIVITI BULAN MAC

CARNIVAL RTB DI OGDC SERIA
Assalamualaikum untuk semua, sorry lama inda ter "update" blog al maklum sibuk aje lately, ani baru tah ada kesempatan, belum terlambat rasanya untuk liya mengongsikan gambar-gambar yang di ambil semasa Carnival RTB yang di adakan di OGDC, Seria, kelurusan jua pada hari minggu 22hb Mac 2009 yang lalu berkesempatan untuk turun ke Seria bersama-sama rakan Dj yang lain untuk rancangan bermukun. Untuk pengetahuan inilah kali pertama liya berkunjung ke OGDC (Oil and Gas Discovery Centre). Inilah gambar di luar kawasan OGDG, Seria

Ada kolam ikan


Model kecil Minyak Shell yang ada terdapat di sana...so cute


Bersama Dj Nazeerah, Liya dan anak boss..lupa namanya ceeekkk


Radio yang ada kena bawa oleh penjual gerai yang masa atu mengikuti harmoni fm..so klasik eh..jarang ada orang tedapat radio cemani ani..


Aisymen jadi model wah boss baru harmoni fm MR Redwan..nama glam MR Red

Acara bermukun mengambil tempat di sekitar kawasan OGDC dan ani di antara penari veteran yang begitu bersemangat sekali sendang bejoget....boleh tahan..


Di antara keropok lekor yang ada di jual di sana


Rabu, 25 Mac 2009

ADAB MENDENGAR AZAN

Untuk renungan kita bersama kali ini Liya ingin kongsikan apa yang liya dapat melalui e mail dari seorang kawan dan setelah di baca ia merupakan satu info dan manaafat untuk kita semua menyedarinya.."Indahnya Iman" saling pesan berpesan kita sesama manusia, semoga yang di kongsikan memberikan manafaat untuk kita mengetahuinya.

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'