APA ITU MUZIK
Apakah makna muzik sebenarnya? Bayangkan jika Radio tidak di isikan dengan muzik, tentu kita rasa sunyi kan…..betapa indahnya radio dengan iringan muzik. Semoga dengan kehadiran “Harmoni FM 941” dapat membuatkan awda semua terhibur mendengarnya, Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang muzik , info berkenaan liya dapati melalui satu laman blog mengongsikan tentang “Muzik”, semoga yang di kongsikan dapat kita ketahui apakah sebenarnya muzik itu.
Muzik. Semenjak dari zaman pertengahan lagi manusia mencari makna muzik. Bermula dari Medievel Period – Renaisance – Baroque – Classic – Romantic – Blues – New Orleans Style of Dixieland hinggalah Jazz – Rock dan Pop. Namun perkataan-perkataan seumpama ini masih belum mampu memuaskan jiwa yang berkehendakkan muzik dan pengertiannya. Mendengar muzik harus diam, dengar dan tunggu sehingga ia habis dimainkan. Catan berorientasikan ruang ‘optik’ dan ruang ‘minda’ sedangkan muzik berasaskan ruang ‘masa’ manusia. Kesemua kerja-kerja seni adalah bahasa jiwa dan minda. Ia reflection dari pengkarya atau pemikirnya. Beza hanya medium dan tools.Permainan masa ini memerlukan kekuatan psikologi. Kerana itu sering dianggap komposer ini unpredictable. Bagi yang addict pula kelakuannya bisa diluar jangkaannya sendiri. Namun apabila kita mengambil kira nature kerja muzik ini tidak keterlaluan aku katakan itulah juga nature seorang komposer. Ketika sedih komposer akan benar-benar sedih hingga dia sendiri tidak tahu bagaimana dia bisa sedih sebegitu rupa dan begitulah seterusnya dalam emosi lain. Orientasi dan ciri-ciri muzik ini memang membebankan pengkaryanya. ‘Masa’ wajib diisi dengan sesuatu yang baik, sesuai dan bermakna. Mengetengahkan ‘idea’ pula harus disulam bersama emosi yang sejujur-jujurnya, tidak dibuat-buat.Di Eropah, hasil penyelidikan sains pada akhir kurun ke 17 telah menyedari bahawa selain nature muzik yang dicetus dari manusia, terdapat satu nature lain ( luaran ) yang amat besar peranannya pada muzik. ( sebelumnya, penemuan ini berlaku lebih awal di sebelah Asia Timur, tetapi tiada mass production dilakukan hasil dari penemuan itu ). Ahli fizik telah menemui elemen ‘getaran’ atau vibration pada muzik. Dari situ berlakulah penemuan wave dan seterusnya accoustic. Setiap benda yang – bertembung – bergeser – akan menghasilkan vibration. Ia bergerak di udara sebagai sound wave, di kenali juga sebagi frekuensi bunyi. Penemuan ini telah menjadi titik mula berkembangnya muzik dan teknologinya diseluruh dunia hingga ke hari ini. Revolusi inilah yang telah melahirkan legenda – lagenda muzik yang kita kenal sekarang.Namun, perkembangan teknologi muzik tetap memerlukan keupayaan kreativiti manusia, lihat contoh bagaimana pada era awal muzik moden, Beethoven dengan bijak mengadaptasi bunyi nature iaitu daripada ‘bunyi‘ ketukan kayu kepada sebuah chamber muzik yang besar lagi harmonis dengan scale yang tepat. Bagaimana ia lakukan sedangkan di zamannya tidak terdapat langsung radio, pita rakaman, auto tune apatah lagi CD!. Bagaimana pula Beethoven yang pekak badak boleh menghasilkan simfoni? Bagaimana beliau mengenal not hanya dengan melalui vibration ( getaran ) sahaja? Dan bagaimana pula beliau menikmatinya? Semua ini bukan misteri Buloh Betong tetapi ini sains dan disiplin ilmu. Ini muzik.Al Ghazali telah menukilkan sebuah madah “ muzik ibarat tahi lalat di muka, ia kelihatan manis tetapi jika terlalu banyak tahi lalat ia akan membuatkan muka jadi hodoh ”. Kita sedar pada realiti. Muzik kini bukan lagi sekadar menjadi gaya hidup dunia moden tetapi telah menjadi satu keperluan, seperti kopi, teh dan pakaian. Dari piring hitam hinggalah caller ringtone, semua itu muzik – yang sentiasa akan menghiburkan manusia. Kita pada asalnya hanya memiliki kehidupan serba ringkas, dari bercucuk tanam, mengembala, beramal ibadat, berkeluarga, namun kini perjalanan hidup semakin kompleks, nilai dan survival hidup telah berubah. Maka muzik dilihat sebagai suatu unsur yang memainkan peranan sebagai alat untuk manusia meluah rasa, berkomunikasi dengan harapan dan impiannya. Apabila sesuatu hal mencapai tahap menjadi ‘keperluan’ maka adalah ‘wajib’ keperluan itu di tunaikan kepada yang berhak menikmatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan