Rabu, 21 Januari 2009

BANJIR DAN TANAH SUSUR

Saja kan bercerita lah, seperti yang kita sedia maklum hampir sepanjang minggu hujan turun melanda bumi tercinta kitani Brunei Darussalam, boleh di katakan musim tengkujuh masa ani, di ingatkan untuk sentiasa berhati-hati semasa musim hujan ani, lebih-lebih lagi pada pemandu yang berada di jalan raya agar sentiasa bertolak ansur dan perlahankan kenderaan biskita apabila hujan lebat dan pada mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mereka yang tinggal di kawasan bukit supaya akan lebih berwaspada. Semalam liya kerja dari jam 5 hingga 8 malam, macam biasalah kalau bertugas dalam konti ani inda tau apa-apa tentang cuaca di luar, rupanya hujan turun...ada pendengar yang memaklumkan melalui pesanan ringkas yang katanya di Sungai Liang banjir dan lampur tutup di sana. Setelah rakan setugas masuk studio barutah tahu rupanya hujan lebat di luar..terpaksalah pinjam sekajap payung di depan tempat guard untuk ke tempat letak kereta, kalau inda alamat bertahan lagi di RTB ..p sampai bila...hehehe, selamat sampai masuk di dalam kereta, alhamdulillah. Dalam perjalana balik ke rumah hujan lebat terpaksa memandu dengan perlahan. Hujan berterusan sehingga ke pagi. Keesokkan harinya banyak jalan dan tempat di landa banjir kilat dan tanah susur...dalam perjalanan di awal pagi untuk ke tempat kerja, sekitar jalan Tasek Meradun ada pokok tumbang dan tanah susur, sempat lagi tu liya ambil gambar, mari kita tengok

Tiada ulasan: