Selasa, 25 November 2008

SeMBaNG-SeMBaNG M@L@M MiNggU


Hyeee semua ....macam-macam ada ..clik clik saja kan cerita wah alahai what we have last Saturday its midnite and early morning blues of "SUNDAY" , liya and Dj Noi having sembang-sembang malam minggu 12 am til 3 am yeaa...bersengkang mata, the topic yang kami share dan bukakan untuk pendengar bagi pendapat ialah"CINTA DAN KASIH SAYANG" woww , first caller its HIM pendengar yang begitu setia dengan harmoni fm then the second caller is NAFSIAH then AISHAH dan seterusnya sehingga mendekati ke pukul 3 pagi , semakin hot ane wah "PANAS-PANAS" tentang cinta, masing-masing dengan pendapat mereka yang tersendiri juga petua tentang bagaimana mengeratkan perasaan cinta dan kasih sayang yang begitu halus untuk di jiwai ...catat liya catat...., kepada semua yang call dan send sms di ucapkan ribuan terima kasih, tanpa biskita siapalah kami alahaai...yang calinya buat kami ketawa lagi , ada one caller yang menamakan dirinya Cinta, alahai menjiwai tu.. dan ada jua yang sempat bertanya apa sebab timbu jerawat>>>hehehe keluar topik ane wah, susah hatinya kali jerawat batunya timbul...ciaaan , apapun kepada semua thanks a lot for making that programme so cheerful dan Panas Panas dengan issue CINTA yang sukar untuk di mengerti Cinta oh CINta...Don't forget to join us again next month December blues..love to all


RETRO 941


Congratulation to Abdul Halim of Telisai for jadi juara mingguan for minggu ketiga Retro 941 dengan lagu "Pada Syurga Di Wajahmu", eventhough liya inda handle Retro for that week coz liya kena duty 12 midnite but ada masa jua lah mengikuti that programme. Thanks pendengar, expecially retro listners yang suka menyanyi atu stay tune yee selalu every weekend "Ceriakan Malam Minggu Biskita Bernyanyi bersama kami di Harmoni FM FM FM". Dont forget to join Retro 941 this coming 29th November..if penerbit awal bagi lagu yang akan di nyanyikan, for sure liya will share the lirik di blog ini untuk memudahkan biskita bernyanyi nanti. Just wait for it ok....Setia lah bersama yee. Kepada penerbit ReTro K@ Zum@i yang tengah cuti, seronoknya cuti jangan lupa Geng Bas Sekolah di konti yang sentiasa menantikan kehadiran mu hehehe.. alahai





RESEPI

MINUMAN


"MILO DOUBLE SHAKE"


Haii alahai, bagi mereka-mereka yang suka milo yeeaa, liya want to share one simple menu which is so easy to make , just make sure ada milo yeaa




Bahan-bahannya:-


8 sudu besar Milo

2 cawan susu rendah lemak Nestle

4 skop aiskrim coklat Nestle kalau inda ada that brand aiskrim lain pun boleh lah!


selepas itu....iklan jap...blink blink seterusnya:-


Kisar semua ramuan di dalam pengisar sehingga sebati, jangan lupa campur ice batu sedikit

Lepas itu tuang minuman ke dalam gelas dan hiasi dengan aiskrim di atasnya.


Selamat mencoba dan di harapkan u all gonna like it so MUCH!

ReTrO 941


Haiii ----->Flash back masa duty Saturday nite 8 till 12 pm, programme yang menceriakan malam minggu RRRREEETTRO 941 di Harmoni FM of course leee. Seperti biasalah jika inda kena bagi duty Sembang2 midnite, liya have to be sit on the cute konti harmoni fm 941 mengendalikan "RETRO 941...boss>> nada chance kan liat movie every sat nite wawa....Apapun liya enjoy dengar pendengar bernyanyi "on air" ulala! lagu yang cukup mendayu sekali "Sepi Tanpa Cinta"- Spring dan "Cinta Tak Bermusim"- Ogy, lagu yang di bawakan pada Retro 941 on the 15th Nov, terima kasih pada semua yang ikut walau kesemua lagu yang kena pilih ialah lagu "Sepi Tanpa Cinta" , cinta tak bermusim nada orang yang mau nyanyi....susah sangat kah lagu itu? sampai ada yang call liya sebelum programme , payah tu liya lagu atu, no wonder nada yang berani mencuba untuk menyanyikan lagu berkenaan tapi kn kn liya "salute" my dj fren, dj noi kerana dapat mendendangkan lagu itu dengan begitu baik sekali masa vokal harmoni "wow" kept it up noi, next year cari lagu "Musim Buah Tak Bermusim" haaaaii, ada kah inda lagu atu hehe, jangan marah daaaa. Berbalik cerita sal retro ane...terima kasih liya ucapkan pada semua yang ikut serta walau ada yang nyanyi macam inda kan keluar suara hahaha tapi durang cuba yang terbaik...to KAMARUL tahniah jadi juara mingguan, semoga terus berjaya yeaa dan yang inda sempat ikut ur inda menang atu jangan putus asa ok....cuba lagi yeaa.



APA ITU MUZIK


Apakah makna muzik sebenarnya? Bayangkan jika Radio tidak di isikan dengan muzik, tentu kita rasa sunyi kan…..betapa indahnya radio dengan iringan muzik. Semoga dengan kehadiran “Harmoni FM 941” dapat membuatkan awda semua terhibur mendengarnya, Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang muzik , info berkenaan liya dapati melalui satu laman blog mengongsikan tentang “Muzik”, semoga yang di kongsikan dapat kita ketahui apakah sebenarnya muzik itu.


Muzik. Semenjak dari zaman pertengahan lagi manusia mencari makna muzik. Bermula dari Medievel Period – Renaisance – Baroque – Classic – Romantic – Blues – New Orleans Style of Dixieland hinggalah Jazz – Rock dan Pop. Namun perkataan-perkataan seumpama ini masih belum mampu memuaskan jiwa yang berkehendakkan muzik dan pengertiannya. Mendengar muzik harus diam, dengar dan tunggu sehingga ia habis dimainkan. Catan berorientasikan ruang ‘optik’ dan ruang ‘minda’ sedangkan muzik berasaskan ruang ‘masa’ manusia. Kesemua kerja-kerja seni adalah bahasa jiwa dan minda. Ia reflection dari pengkarya atau pemikirnya. Beza hanya medium dan tools.Permainan masa ini memerlukan kekuatan psikologi. Kerana itu sering dianggap komposer ini unpredictable. Bagi yang addict pula kelakuannya bisa diluar jangkaannya sendiri. Namun apabila kita mengambil kira nature kerja muzik ini tidak keterlaluan aku katakan itulah juga nature seorang komposer. Ketika sedih komposer akan benar-benar sedih hingga dia sendiri tidak tahu bagaimana dia bisa sedih sebegitu rupa dan begitulah seterusnya dalam emosi lain. Orientasi dan ciri-ciri muzik ini memang membebankan pengkaryanya. ‘Masa’ wajib diisi dengan sesuatu yang baik, sesuai dan bermakna. Mengetengahkan ‘idea’ pula harus disulam bersama emosi yang sejujur-jujurnya, tidak dibuat-buat.Di Eropah, hasil penyelidikan sains pada akhir kurun ke 17 telah menyedari bahawa selain nature muzik yang dicetus dari manusia, terdapat satu nature lain ( luaran ) yang amat besar peranannya pada muzik. ( sebelumnya, penemuan ini berlaku lebih awal di sebelah Asia Timur, tetapi tiada mass production dilakukan hasil dari penemuan itu ). Ahli fizik telah menemui elemen ‘getaran’ atau vibration pada muzik. Dari situ berlakulah penemuan wave dan seterusnya accoustic. Setiap benda yang – bertembung – bergeser – akan menghasilkan vibration. Ia bergerak di udara sebagai sound wave, di kenali juga sebagi frekuensi bunyi. Penemuan ini telah menjadi titik mula berkembangnya muzik dan teknologinya diseluruh dunia hingga ke hari ini. Revolusi inilah yang telah melahirkan legenda – lagenda muzik yang kita kenal sekarang.Namun, perkembangan teknologi muzik tetap memerlukan keupayaan kreativiti manusia, lihat contoh bagaimana pada era awal muzik moden, Beethoven dengan bijak mengadaptasi bunyi nature iaitu daripada ‘bunyi‘ ketukan kayu kepada sebuah chamber muzik yang besar lagi harmonis dengan scale yang tepat. Bagaimana ia lakukan sedangkan di zamannya tidak terdapat langsung radio, pita rakaman, auto tune apatah lagi CD!. Bagaimana pula Beethoven yang pekak badak boleh menghasilkan simfoni? Bagaimana beliau mengenal not hanya dengan melalui vibration ( getaran ) sahaja? Dan bagaimana pula beliau menikmatinya? Semua ini bukan misteri Buloh Betong tetapi ini sains dan disiplin ilmu. Ini muzik.Al Ghazali telah menukilkan sebuah madah “ muzik ibarat tahi lalat di muka, ia kelihatan manis tetapi jika terlalu banyak tahi lalat ia akan membuatkan muka jadi hodoh ”. Kita sedar pada realiti. Muzik kini bukan lagi sekadar menjadi gaya hidup dunia moden tetapi telah menjadi satu keperluan, seperti kopi, teh dan pakaian. Dari piring hitam hinggalah caller ringtone, semua itu muzik – yang sentiasa akan menghiburkan manusia. Kita pada asalnya hanya memiliki kehidupan serba ringkas, dari bercucuk tanam, mengembala, beramal ibadat, berkeluarga, namun kini perjalanan hidup semakin kompleks, nilai dan survival hidup telah berubah. Maka muzik dilihat sebagai suatu unsur yang memainkan peranan sebagai alat untuk manusia meluah rasa, berkomunikasi dengan harapan dan impiannya. Apabila sesuatu hal mencapai tahap menjadi ‘keperluan’ maka adalah ‘wajib’ keperluan itu di tunaikan kepada yang berhak menikmatinya.



PEMBUKA KATA BUAT SEMUA


Selamat berkunjung ke blog “Dj Liya”, sebelum membuka bicara hati, alahai! kononnye lah tu…maafakan kiranya bahasa yang di gunakan bercampur aduk, hehehe , liya bukan pujangga kata hanya insan biasa yang inginkan kejayaan dalam hidup. Telah sekian lama bercuti dalam “blogging ane”, Well! my old blog telah pun di mansuhkan dari persada seni blogging hehehe ini adalah kerana masa yang cukup terhad oleh itu terpaksa lah liya men "delete" blog berkenaan, sedih pulang rasanya meninggalkan mu wahai my pinky blog, to my frens, cuz and dj’s frens… do support me. To geng bas sekolah Dj Ka Zumai, Dj Nazerah dan Dj Hjh Khadijah, such a nice blog kamu ah glam berabis, perjuangan perlu di teruskan, here I”am with my new blog, selamat melayarinya.


MUTIARA KATA

Terimalah dengan Ikhlas apa yang ada pada diri kita, termasuk Wajah,Bakat,Rezeki,Keluarga,Rumah, nescaya awda akan memperolehi Ketenteraman dan Kebahagiaan”