Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Harmoni fm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Harmoni fm. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2009

PEMILIHAN AWAL PERINGKAT SARINGAN BINTANG RADIO 2009

Pemilihan awal pertandingan Bintang Radio 2009 di adakan di Studio A RTB pada 9hb Mei 2009 - 8 malam hingga selesai dan di sambung keesokannya pada Ahad 10hb Mei 2009 - Pagi bermula 10 pagi hingga tengahari dan petang dari jam 2 petang hingga selesai. Sambutan cukup menggalakkan sekali
Ini di antara mereka yang datang dalam pemilihan awal Bintang Radio pada hari Ahad (sebelah pagi)

Hakim yang terdiri daripada Pg Zainal, Hj Hashim dan Hjh Zainah
Juruteknik yang bertugas Zakaria,Pg Alidin dan Hjh Norsidah

PERINGKAT SARINGAN BINTANG RADIO 2009

Belakang tabir pemilihan awal peringkat awal pemilihan Bintang Radio 2009 Mr Red dan Tuan Haji Md Sah...kepada Mr Red full name Redwan Hashim (macam nama pelakon jua aaa) tidak lupa di ucapkan Selamat Hari Ulangtahun pada 12hb Mei 2009 dengan iringan doa semoga di panjangkan umur di murahkan rezeki..jangan lupa belanja kami anak-anak buat harmoni fm ehe..
Di Bahagian Pendaftaran di ketuai oleh Dj Hjh Noridah, Dj Nazeerah, Dj Hilmi, Dj Zumai dan Dj Waridi
Di tengah kesibukan atu sempat jua lagi posing dengan style tersendiri

Kepada rakan-rakan semua...kamu semua memang suka bergambar ah....pantang liat camera ehe

Khamis, 7 Mei 2009

"MALAM NOSTALGIA" MENJEJAK KAMPUNG KALI KE 5

Malam Nostalgia berlansung pada 1hb Mei 2009 (Jumaat malam Sabtu) bermula jam 8.30 malam, ianya merupakan anjuran harmoni fm 94.1. Tetamu Kehormat pada malam itu ialah Yang Mulia Awang Hj Saiful Bahri bin Haji Awang Mansor, Timbalan Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri.
Dj Iskandar dan Dj Zumaidah merupakan MC utama pada malam itu
Dj Shareen dan Dj Nazeerah
Memandangkan malam atu sibuk jua jadi pengurus pentas di belakang pentas ehe inda sempat semua rakan Dj di gambar untuk di kongsikan di laman blog ini. Kepada semua yang terlibat tahniah atas kejayaan malam nostalgia berjalan dengan lancar sehingga kepenghujungnya.

"MALAM NOSTALGIA" MENJEJAK KAMPUNG KALI KE 5

Hjh Zainah di antara artis yang bersama dalam memeriahkan Malam Nostalgia anjuran harmoni fm menemui penduduk kampung belimbing pada 1hb Mei 2009 (malam sabtu) bermula jam 8.30 malam. Malam Nostalgia menampilkan penyanyi tempatan (lama dan baru) mendendangkan lagu-lagu nostalgia.
Rakan Dj Hjh Rosnah dan Dj Hjh Siti Khadijah yang mana durang malam atu jadi pengurus bahagian Kuiz...
Inilah jejaka-jejaka harmoni fm bersama pihak penganjur yang sponser baju semua staff harmoni fm malam atu...terimakasih yeee...lain kali sponser lagi...Dj Jack,Mr X (mcm Dato K siti tah jua), Dj Shareen dan Dj Hilmi
Inilah barisan model-model yang tercalon dalam pemilihan Ratu Kebaya Sendat ehe...ada tah jua wang salat nahh...pandai posing kawan-kawanku ani banaaa...calon model: Liya,Nazeerah,Hjh Noridah, Iskandar, Hjh Fauziah, Zumaidah,Hjh Khadijah dan Hjh Rosnah...sorry geng yang lain yang inda tersenarai mana kah durang masa atu....bekeliaran sekeliling dewan kali ehe..
Dj Shareen apa yang cali atu kan...Dj Jack macam tau saja ...mata meliat camera ah...Dj Hilmi ...apa yang di selirik atu kan...jangan pandang belakang ah...al maklum malam kali ah..

PROJEK MENJEJAK KAMPUNG ANJURAN RADIO BRUNEI KALI KE 5 DI MUKIM KOTA BATU

Gambar aktiviti penduduk Mukim Kota Batu di lekatkan pada niru (luruskan tu) so unik eh..di simpan di dewan pameran di bukakan untuk kunjungan orang ramai ketika itu
naah ani tah baju yang ada di jual masa pameran atu baju-baju ani di tempah khas oleh pihak RTB ...tempat lain nada ne..yang baju warna oren (ooen nya kajah kasum) macam lia pernah lihat dong..p di mana yeaa
Masa majlis pembukaan atu kan tersangat lah panasnya di dalam dewan atu..kerana tidak tahan panas kami rehat dan bersantai di luar dan apa lagi ambil gambar ehe..posing duduk ehe..yang duduk di depan atu antaranya Dj Nooridahaniwati, Dj Hjh Noridah dan Dj Nazerrah dan yang di belakang inda mau tinggal atu siapa lagi kalau bukan yang empunya blog ini leee
Lepas acara masing-masing cari makanan ehe...cari punya cari rupanya ada disediakan di belakang dewan..apalagi acara makan pun bermula..menu utama nasi lemak, selepas makan atu besusun macam keretapi kami begambar bersama rakan-rakan di nasional fm...model-model radio ne....ada yang berkenaan kah..ehe hantar sms ke 8885555 (kod jangan lupaa daa)

PROJEK MENJEJAK KAMPUNG ANJURAN RADIO BRUNEI KALI KE 5 DI MUKIM KOTA BATU

Projek Menjejak Kampung kali ke 5 anjuran Radio Television Brunei dan Mukim Kota Batu telah di adakan pada 1hb Mei 2009 hingga 3hb Mei 2009, ianya di adakan di Kampung Belimbing Subok, Mukim Kota Batu, ianya berlangsung di sekitar Dewan Bandaran, Kampung Belimbing Subuk
Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang hj Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga Jabatan Perdana Menteri
Di bahagian pameran yang tersenyum ayu atu antaranya Dj Rosmah dan Dj Hjh FauziahPersembahan koir dari Mukim Kota Batu memeriahkan lagi acara pembukaan menjejak kampung pada pagi itu

Selasa, 14 April 2009

AKTIVITI BULAN MAC

CARNIVAL RTB DI OGDC SERIA
Assalamualaikum untuk semua, sorry lama inda ter "update" blog al maklum sibuk aje lately, ani baru tah ada kesempatan, belum terlambat rasanya untuk liya mengongsikan gambar-gambar yang di ambil semasa Carnival RTB yang di adakan di OGDC, Seria, kelurusan jua pada hari minggu 22hb Mac 2009 yang lalu berkesempatan untuk turun ke Seria bersama-sama rakan Dj yang lain untuk rancangan bermukun. Untuk pengetahuan inilah kali pertama liya berkunjung ke OGDC (Oil and Gas Discovery Centre). Inilah gambar di luar kawasan OGDG, Seria

Ada kolam ikan


Model kecil Minyak Shell yang ada terdapat di sana...so cute


Bersama Dj Nazeerah, Liya dan anak boss..lupa namanya ceeekkk


Radio yang ada kena bawa oleh penjual gerai yang masa atu mengikuti harmoni fm..so klasik eh..jarang ada orang tedapat radio cemani ani..


Aisymen jadi model wah boss baru harmoni fm MR Redwan..nama glam MR Red

Acara bermukun mengambil tempat di sekitar kawasan OGDC dan ani di antara penari veteran yang begitu bersemangat sekali sendang bejoget....boleh tahan..


Di antara keropok lekor yang ada di jual di sana


Rabu, 4 Mac 2009

AKTIVITI SEPANJANG BULAN FEBRUARI 2009


SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN 23 FEBRUARI 2009
Sungguh gembira rasanya apabila berkesempatan untuk ikut serta dalam perhimpunan Agung Sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 25 tahun yang di adakan di Stadium Negara Hassanal Bokiah Berakas, yang mana liya berkesempatan ikut serta dalam acara padang membuat persembahan tema dengan baju yang serba hijau dan tudong hijau..setelah sekian lama menjalani latihan sejak penghujung Januari 2009 sehingga di hari kemuncak, its really enjoy eh dengan penuh semangat kami bersama dengan penuntut-penuntut sekolah dan kakitangan di sektor kerajaan dan swasta bertungkus lumus membuat latihan di bawah sinar mentari akhirnya membuat persembahan tema dengan begitu bersemangat sekali..syabas buat semua yang terlibat...
Bersama geng rakan sekerja yang sentiasa bersama mewakili Kementerian, gambar ani di ambil selepas menikmati minum pagi yang disediakan sebelum menuju ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Semangatnya liya dengan Bendera Negaraku tercinta Negara Brunei Darussalam

Walau masih dalam keletihan tapi masih sempat lagi untuk bergambar ramai setelah acara berakhir dengan baju dan tudong serba hijau ..posing dengan style tersediri leee
*************************************************************************************


Di sebelah pagi ikut serta dalam acara Hari Kebangsaan sementara di sebelah petang sempat lagi untuk bersama rakan-rakan harmoni fm dalam acara di bawah:
PERSEMBAHAN BERMUKUN SEMASA PELANCARAN PEMBAKARAN PENYEDIAAN SATE TERBANYAK DI DUNIA DI ADAKAN DI PERKARANGAN ROYAL BRUNEI POLO AND RIDING CLUB, JERUDONG

Semangatnya Tuan Haji Zaini dan pemukun-pemukun yang di jemput khas pada petang itu...hahaha close up wah gambar ah...muka lagi sunburn merah gitu ..pasalnya paginya bepanas di bawah sinar mentari pagi

Ini di antara acara yang menarik minat bagi pengunjung terutama sekali adik-adik kitani iaitu persembahan silap mata

Inilah gambar boss baru kami Redwan Hj Hashim dengan baju serba merah (merah c baju merah cik abang jangan marah gambar be display dalam blog ani) dan di sebelahnya Dj Shareen...kirim salam kacamuka ah....hencem eh
Eh eh eh mana tia kuda ah...betapuk tia di belakang kami..takut ia kan tumpang sekaki dalam gambar ani (pic: Dj Noridah (ayu nya dengan kacamata ah),Hj Mazani(rtb staff,Tuan Haji jangan lupa gambar kami arah camera kita,kirim2 tah melalui email), Dj Liya (atu merah muka ah sunburn ani wah al maklum semangat partriotik tadi pagi, Dj Zumai (ayu nyee,inda di sangka c kawan sorang ani pandai rupanya menari mukun ..joget mai ..boleh tahan)

Yang ini adalah salah seorang kawan Dj kami yang cukup meriah sekali setiap kali kalau bejumpa sama ia..macam c banar main gulingtangan ah...boleh di order ni...inilah dia Dj Shareen






Isnin, 2 Mac 2009

AKTIVITI SEPANJANG BULAN FEB 2009

CARNIVAL ANUGERAH RTB 2008
Telah di adakan pada 12 hingga 15 Februari 2009, ianya di langsungkan di Pusat Persidangan Antarabangsa, berbagai acara berlangsung, ada expo produk tempatan dan dari luar negara, ada games , ada rumah hantu, booth pameran dari RTB dan boleh di istilahkan macam-macam ada..hehehe...seingat liya lah (ingat-ingat lupa wah terpaksa flash back memory bulan Februari ah...) kalau inda silap pada 14hb Februari 2009 hari Sabtu ada artis jemputan di jemput khas oleh pihak RTB yang mana mereka terdiri dari pelakon-pelakon dari Indonesia yang lakonan mereka dapat di saksikan melalui siaran RTB2, sekali kan kan baik jua sempat ambil gambar c Rado, yang sinonim dalam sinetron Intan, yang membuatkan liya hampa kan kan, ngalih udah be Q kan ambil gambr sama ia sekalinya inda sempat ah...cian jua tu.... ngalih liya, dj nazerrah dan dj noridah be que ..p at last hampa kami ah..cian...ambil gambarnya dari jauh saja..
Rado..
Rakan dj , dj jack dan dj helmi semasa bertugas di booth Radio di ICC, Acara bermukun di adakan pada Ahad,15hb Februari 2009 ianya merupakan anjuran Harmoni Fm 941.1 bermula jam 1.30 petang, meriah lah ramai yang datang menyaksikan rancangan bermukun atu yang di siarkan secara langsung dari ICC dan harmoni fm..ramai orang-orang veteran yang menari joget mari berjoget..seronoknya... Setelah acara bermukun kami Dj-Dj harmoni fm dengan baju serba sedondon merah menyala (macam minah motor tah jua usulnya..hehehe) mengambil kesempatan untuk bergambar ramai. Lepas atu kami bejalan-jalan keliling kota hehehe...nada wah rakan-rakan dj termasuk liya, zumai,nazerah,noridah,rosnah dan jack mengambil kesempatan meliat ke tempat games yang disediakan..sekali ke sana...wah wah ramai nya orang...siuk jua lah kerana kami sempat untuk bermain ..menang dapat hadiah..hanya c jack yang dapat hadiah ...mug seingat liya lah, baik jua kan dari nada....di bawah ani di antara games yang ada semasa carnival atu..Ring any Bottle dan ada peraduan mewarna untuk kanak-kanak.
Ani gambar liya bersama Kajah Kasum pemenang pelakon wanita popular, tahniah kajah kasum...suka ku kan lakonan kita. Untuk pengetahuan semua kajah juga selalu bersama kami dalam Sembang-Sembang malam minggu, atupun jika ia ada masa terluang tu...Stay awet muda kajah!!!