
Memaparkan catatan dengan label Saja kan bercerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saja kan bercerita. Papar semua catatan
Rabu, 21 Januari 2009
BANJIR DAN TANAH SUSUR
Saja kan bercerita lah, seperti yang kita sedia maklum hampir sepanjang minggu hujan turun melanda bumi tercinta kitani Brunei Darussalam, boleh di katakan musim tengkujuh masa ani, di ingatkan untuk sentiasa berhati-hati semasa musim hujan ani, lebih-lebih lagi pada pemandu yang berada di jalan raya agar sentiasa bertolak ansur dan perlahankan kenderaan biskita apabila hujan lebat dan pada mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mereka yang tinggal di kawasan bukit supaya akan lebih berwaspada. Semalam liya kerja dari jam 5 hingga 8 malam, macam biasalah kalau bertugas dalam konti ani inda tau apa-apa tentang cuaca di luar, rupanya hujan turun...ada pendengar yang memaklumkan melalui pesanan ringkas yang katanya di Sungai Liang banjir dan lampur tutup di sana. Setelah rakan setugas masuk studio barutah tahu rupanya hujan lebat di luar..terpaksalah pinjam sekajap payung di depan tempat guard untuk ke tempat letak kereta, kalau inda alamat bertahan lagi di RTB ..p sampai bila...hehehe, selamat sampai masuk di dalam kereta, alhamdulillah. Dalam perjalana balik ke rumah hujan lebat terpaksa memandu dengan perlahan. Hujan berterusan sehingga ke pagi. Keesokkan harinya banyak jalan dan tempat di landa banjir kilat dan tanah susur...dalam perjalanan di awal pagi untuk ke tempat kerja, sekitar jalan Tasek Meradun ada pokok tumbang dan tanah susur, sempat lagi tu liya ambil gambar, mari kita tengok

Rabu, 10 Disember 2008
IMBAS KEMBALI DI ZAMAN KANAK-KANAK
Salam untuk semua teman-teman dan mereka yang mengunjungi laman blog ini, adakah dirimu teringat akan kenangan di zaman kanak-kanak, miss so much of the time bermain bersama kawan-kawan sekolah di ayunan, masa atu kami panggil perayunan, berabut lagi tu takut inda ampit..masa atu rambut tocang dua..eh eh mun di ingat rasa kan mau lagi ke zaman atu wah..kan minjam mesin doremon di jepun eh..dapat jua bebalik sekajap ke zaman atu..doremon doremon...pasal zaman sekolah ani, mungkin kawan-kawan (eh eh macam mari bercerita ane wah) masih ingat dengar gambar-gambar ane...adakah ianya masih ada sehingga kini atau adalah kamu masih ingat akan kenangan main tinting,main tambi(hehe) dan ingat lagi kah beg pencil masa darjah tiga dulu yang ada peraut tarus dan magnet lagi tu..eh eh mun kan di kanang memang ianya memang jadi kenangan.


Roti ane masih ada lah masa ane, tapi yang pemadam atu..inda pernah lagi terlihat berjual d kadai..alahaiii..pemadam masa zaman sekolah macam-macam bentuk ada anggur dan oren..wow

Beg Pencil ah...canggih tu depan belakang dapat simpan barang, yang permainan atoo..ingat kah masih penguin perlahan-lahan turun...siuk kale ah meliat ia turun ato.
Ninja turtles siri cartoon yang di sukai ....depan tv tu inda mau miss kan meliat...waaaa

Popeyyeee helpp meee......sampai karang ane kanak-kanak pun suka meliat..while for the bubblee gum atoo ada kah masih tu ah bejual..sanggup tu membali di kantin sekolah....

Pistol ahhh..bah jangan hampir ...TORA suka ku tu iklannya dulu ah...

Selasa, 2 Disember 2008
SCHOOL HOLIDAY

Musim cuti sekolah datang lagi..to all my lovely niece and nephew selamat bercuti, don't forget stay at Nene house and jalan with bungz...hehehe. Seperti biasa kalau time cuti sekolah ane ada tah anak-anak buah ngusut tu(sayang semua)...bungsuu bawa jalan....actually seronok kalau durang beimpun macam-macam kan di dengar dan d liat kerenahnya...meriah ane wah. Sebenarnya musim cuti ane yang seronoknya bercuti di luar negara...pun cukup budget lah tapi jangan kita lupa di negara kitane ane sememangnya ada lagi banyak tempat yang perlu di kunjungi dan di terokai yang masih indah dengan tanaman flora dan fionanya. Semoga kedatangan musim cuti sekolah ane adik-adik dapat memenafaatkan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah dan gembira di samping family tersayang. To my lovely niece Izzah...well dear, your dream comes true, a trip to Paris, siuk ehh...enjoy your holiday there dan bungz doakan u gonna get best result for your 'O' level exam. Take care sepanjang di sana.
Beberapa tips untuk mengiskan masa percutian:-
*Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, melakukan riadah bersama
*Melawat tempat-tempat yang menarik di seluruh negara ataupun ditepi pantai atau taman rekreasi, boleh pergi ke Pantai Muara,Pantai Serasa, Taman Simpan Berakas dan banyak lagi lah pantai di negara kitane ane tempat untuk berkelah.
*Bersukan
*Menonton Wayang bersama keluarga
*Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
*Berkunjung ke perpustakaan awam yang berhampiran tanamkan tabiat suka membaca
*Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
* Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
*Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan
Nahh macamana ada idea bagaimana untuk mengisikan masa cuti sekolah ane, semoga dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para ibu bapa dan adik-adik yang sedang bercuti..SELAMAT BERCUTI!!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)




.gif)



