Memaparkan catatan dengan label Renungan Bersama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan Bersama. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2009

Bersama kita mengamalkan bacaan di atas, semoga kehidupan kita di limpahi rahmat, kesihatan yang baik dan di sinari cahaya keimanan..amin

Rabu, 25 Mac 2009

ADAB MENDENGAR AZAN

Untuk renungan kita bersama kali ini Liya ingin kongsikan apa yang liya dapat melalui e mail dari seorang kawan dan setelah di baca ia merupakan satu info dan manaafat untuk kita semua menyedarinya.."Indahnya Iman" saling pesan berpesan kita sesama manusia, semoga yang di kongsikan memberikan manafaat untuk kita mengetahuinya.

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Rabu, 21 Januari 2009

KITA PERLU BERSYUKUR

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...untuk renungan bersama

1. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

2. utk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan..macamana kalau terlebih makan...dah terlebih dah hehehe

3. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

4. utk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

5. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

6. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

7. utk tempat letak kereta yg jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

8.utk jam loceng yg berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Itulah di antaranya

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" inda ja...jaa