Isnin, 26 Januari 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

SELEKTA 941

Hai semua....adakah hidup ini perlu diteruskan..setentunya perlu untuk di teruskan..hehehe. Saturday nite (malam minggu lah tu) liya bertugas dari jam 8 hingga 12 tengah malam, seperti biasa lah untuk bulan Januari ani..almost every week bertugas saturday nite kecuali masa minggu kedua bulan Jan saja inda bertugas coz kena bertugas dalam sembang-sembang malam minggu, seperti biasa every sat nite ada segment Retro..memandangkan liya bertugas setiap malam minggu atu liya isikan malam atu dengan satu segment yang di namakan sebagai???? apanah...kan mau tau kan..hehehe, di sebut as "SELEKSI 941" macam bunyi seksi jua hahaha. Kalau inda silap since last year liya cuba handle this segment, saja kan mencuba macamana sambutannya..se ingat liya hujung tahun 2008 lah. Di kirakan ok lah nya orang puteh so far so good lah hehehe sambutanya kira okey loh....good response...so masa duty 24th Jan atu terfikir dalam benak fikiran ku ,eseymen untuk menukar nama segment atu kepada sesuatu yang baru, kira nama baru lah tu jaa, on my mind ..baik pulang liya tukar jadi "SELEKTA 941" kirakan di ambil dari kata selektah (campur olang puteh n melayu bah select tah...nya orang bah pilih tah...p inda glam bunyi nya kalau liya sebut as pilihtah 941...inda jua grand tu hehehe...so since that nite liya ubahtah menjadi "SELEKTA 941" grand jua cikit kan hehehe...dari segment atu di beri peluang kepada pendengar harmoni fm untuk memilih satu lagu yang ingin sekali durang dengar di malam minggu atu...lagu yang di pinta hanya di layan melalui talian harmoni fm 2223941...siapa cepat dia dapat...atupun jika lagu yang di pinta ada dalam simpanan if nada, sowielah gengg kena pilih lagu lain daaa..Untuk pengetahuan jua yang segment ani hanya di on air kan ketika liya bertugas setiap malam minggu sajalah atupun kalau duty mlm minggu....kira masih dalam percubaan dong. If sambutan ok n if bos say carry on with it..wish it will be on list dalam programme harmoni fm...gitulah kira-kiranya..Kepada semua pendengar yang sporting and understanding mengubungi liya malam atu, terima kasih banyak-banyak atas kesudian biskita menceriakan malam minggu atu, seramai 16 orang yang dapat on air dan lagu durang di putarkan..mereka adalah:-
SELEKTA 941

1) Dk Normah - Si Baju Merah (Ahmad Jais) *merah c baju merah cik adik jgn marah>>hehehe

2) Hjh Arfah - Seroja (Ibnor Riza) *lagu ani memang lagu yang sedih...wawawa...syahdu

3) Liza - Air Mata Tiada Erti (Iman S Ariffin) * banar kan tu air mata tiada erti, sememangnya air mata yang keluar dari mata atu begitu bererti bagi yang dapat menghayatinya!!!

4)Mas Komang - Cuma Kamu (Rhoma Irama/Rita Sugiarto) * eh eh eh baik jua bukan Mas joko

5) Gina - Apa Yang Kau Cari (Endang S Taurina) * lagu yang di pinta lain pulang tu tapi tiada dalam simpanan, di ganti dengan lagu ini...apa kah yang ku cari selama ini>>>alahai!

6) Fendi - Ani (Imam S Ariffin) * lagu yang simple jodol lagu nya ...ani..baik jua bukan ini hehehe

7) Siti Asmah - Salam Terakhir (Sudirman) * liya suka lagu ani...mengingatkan liya pada teman yang dah pergi selamanya...masa lagu ani on air syahdu dan menitis air mata liya di konti ah..semoga rohnya di cucuri rahmat "al fatihah".

8) Sarinah -Selamat Tinggal (Broery Marantika) * juga sebuah lagu yang begitu syahdu untuk d dengar...menjiwai liya ah..adoi

9) Mahmud - Aku Rindu Padamu (Evie Tamala) * lagu rindu amat sesuai pada yang rindu-rinduan....rindu pulang kan c dia nah...

10) Dino - Untukmu Sayang (Febians) *On list lagu yang liya suka juaa...jiwang lah cikit...nda jua apa kan...

11) Zaini - Mimpi Indah (Koesplus) * lama udah inda mimpi eh....hehehe

12) Hjh Hazirah - Ayah dan Ibu (Sudirman) * mendengar lagu ani ingat liya kan mama dan bapa d rumah...saaaayang mereka semua...semoga sihat sentiasa

13) Ainnah - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam) * penyanyi vokalnya zamani yang hencem ah hehehe...rebonding rambutnya x ah dulu pulang tu tapi inda tau lah masa ani.

14) Mat Piah - Patah Hati (Ct Norhaliza) * lagu ani sesuai pada yang patah hati waaaa

15) Siti Hawa - Joget Kenangan Manis (Sudirman) * siuk eh dengar lagu joget ah goyang-goyang kaki liya d studio ah..alahai

16) Mira - Biarkan Bulan Bicara (Broery Maratika) *on the list jua lagu ani , sungguh tenang bila mendengarnya...waaa jiwang lagi ne...

Kepada semua yang sempat bersama liya dalam segment "SELEKTA 941" semoga terhibur dan jangan lupa minggu depan liya akan kembali bersama.....salam manis dan ceria buat semua.

Rabu, 21 Januari 2009

KITA PERLU BERSYUKUR

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...untuk renungan bersama

1. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

2. utk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan..macamana kalau terlebih makan...dah terlebih dah hehehe

3. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

4. utk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

5. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

6. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

7. utk tempat letak kereta yg jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

8.utk jam loceng yg berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Itulah di antaranya

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" inda ja...jaa

BANJIR DAN TANAH SUSUR

Saja kan bercerita lah, seperti yang kita sedia maklum hampir sepanjang minggu hujan turun melanda bumi tercinta kitani Brunei Darussalam, boleh di katakan musim tengkujuh masa ani, di ingatkan untuk sentiasa berhati-hati semasa musim hujan ani, lebih-lebih lagi pada pemandu yang berada di jalan raya agar sentiasa bertolak ansur dan perlahankan kenderaan biskita apabila hujan lebat dan pada mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mereka yang tinggal di kawasan bukit supaya akan lebih berwaspada. Semalam liya kerja dari jam 5 hingga 8 malam, macam biasalah kalau bertugas dalam konti ani inda tau apa-apa tentang cuaca di luar, rupanya hujan turun...ada pendengar yang memaklumkan melalui pesanan ringkas yang katanya di Sungai Liang banjir dan lampur tutup di sana. Setelah rakan setugas masuk studio barutah tahu rupanya hujan lebat di luar..terpaksalah pinjam sekajap payung di depan tempat guard untuk ke tempat letak kereta, kalau inda alamat bertahan lagi di RTB ..p sampai bila...hehehe, selamat sampai masuk di dalam kereta, alhamdulillah. Dalam perjalana balik ke rumah hujan lebat terpaksa memandu dengan perlahan. Hujan berterusan sehingga ke pagi. Keesokkan harinya banyak jalan dan tempat di landa banjir kilat dan tanah susur...dalam perjalanan di awal pagi untuk ke tempat kerja, sekitar jalan Tasek Meradun ada pokok tumbang dan tanah susur, sempat lagi tu liya ambil gambar, mari kita tengok

Ahad, 18 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009 masehi dan 1430 Hijriah

Salam buat semua pengunjung blog ini, belum terlambat rasanya ucapan selamat tahun baru untuk semua...hari ke 18 bulan Januari 2009... baru ada ilham dan mood saya ada baik lah ini hari untuk kembali lagi mencoretkan sesuatu yang sukar d ungkapkan dengan kata-kata, aseymen...kononnya lah tu...Di tahun yang serba mencabar ini bersama kita berdoa semoga kitani dapat menempuhinya dengan keyakinan,kesabaran, semoga segala impian tercapai dan segala pergolakan dunia akan berakhir dengan kedamaian...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini