Isnin, 18 Mei 2009

Kelab Harmoni

Kelab Harmoni kembali bersama biskita pada Ahad 17hb Mei 2009 berkonsepkan lagu-lagu Paduan Suara, yang mana pada minggu ini liya dan Dj Is di beri kesempatan untuk menjadi juruacara pada petang itu, kepada yang datang di ucapkan ribuan terima kasih, cukup meriah sekali sambutan yang di berikan oleh ahli kelab yang datang, ada yang sanggup berjoget dan menari cukup understanding sekali, lagu-lagu paduan suara di serikan dengan lagu duet dangdut, joget dan macam-macam ada haaa
Gambar di atas ialah model lelaki harmoni fm...jangan mareee daa..Dj Hilmi dan Dj Jack dan yang di ujung atu Dewi ahli kelab harmoni juga merupakan pendengar harmoni fm yang selalu bersama dalam segment berpantun, apalagi kelurusan jua Dj Is jadi Mcee nya berpantun tia jua sama Dewi dan yang cukup meriah lagi kami tamukan Tuan Hj Dollah yang juga ada pada masa atu apalagi keduanya berpantun..atu baru ia on the spot wah menjawab pantun ah..orang lama tah jua...
Joget jangan tak joget ,sportingnya ahli kelab menari dengan stail yang tersendiri
Walaupun inda cukup kerusi di depan, rakan-rakan ahli kelab sanggup duduk di belakang, yang baju merah atu Harun namanya dan yang pakai kacamata hitam itulah Him, peminat MU seangkatan dengan MU fans Mr Red,Dj Hilmi dan Dj Shareen.
Ahli-ahli kelab harmoni Jamilah, Uda Dk Normah, Kartini dan Rosini Marsal, durang ani sanggup ke Kelab Harmoni walaupun jauh dari Lumut ...atu baru ia semangat dan peminat setia harmoni fm. Kepada semua yang hadir mewakili penerbit pada petang itu Nooridahaniwati Abd Hamid tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian biskita hadir. Sampai jumpa lagi di ruangan Kelab Harmoni pada hujung bulan Mei 2009.