Jumaat, 5 Disember 2008

JADUAL BERTUGAS

Cute x ah kucing ah pakai headphone..just imagine that little kitten seronok dangar musik....tentu mendengar lagu klasik siapa-siapa itu dan lgi miaw miaw..hehehe.

Untuk semua, liya akan bertugas keudara pada tarikh dan masa yang tercatat di bawah ini. Bertugas dari saturday nite fever hingga hari sabtu dan ahad yang indah minggu depan.

Sabtu - 6/12- 8.00pm -12.00am - Segment Retro941 (10.45pm onwards)
Isnin - 8/12- 1.00pm -5.00 pm - Hari Raya Aidiladha @ Mesra Bersama Biskita
Rabu - 10/12-12.00 am - 6.00 am - Lagu evergreen dan lagu antarabangsa
Rabu - 10/12- 5.00 pm - 8.00 pm - Lagu mesra dan simfoni harmoni
Ahad - 14/12-12.00 am -3.00 am - Sembang-Sembang Malam minggu bersama Dj "NOI"

Semoga liya dapat bertugas pada masa yang di jadualkan dengan lancar dan sebarang perubahan adalah di bawah kawalan liya sendiri hehehehe...

DOA PILIHAN

Doa moga petah berkata-kata:
Wahai Tuhanku lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.


I've been surfing through website Kem Hal Ehwal Ugama kan cari bahan mengenai hari raya Aidiladha sekali kan.. kan.. tebaca liya tentang doa-doa pilihan, on the list tersenarai doa moga petah berkata-kata , such a nice one boleh ne di amalkan semoga memudahan kami yang perlu untuk petah berkata-kata masa bertugas, baik jua ah..kan di cuba eh...bah kawan-kawanku GBS(geng bas sekolah harmoni)dan rakan-rakan Dj ku yang tatap menjadi pujaan hatiku hehehe semoga doa ini memudahkan kitane apabila bertugas "on air" inda hilang idea dan terus petah berbicara dengan mudahnya. coba jangan tah coba kita amalkan bersama yea...why not!!!...naah ani lagi satu doa yang perlu jua di amalkan iaitu doa:..

Doa ketika menghadapi kesulitan
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang kamu jadikan mudah. sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.

Setentunya dalam kehidupan di dunia yang serba mencabar ini...aisyemen tidak kurang dari kita mengharungi kesulitan, apa yang perlu kitani terus berdoa semoga kehidupan di permudahkan dan segala kesulitan dapat di atasi

Doa di atas di perolehi melalui: www.religious-affairs.gov.bn

Rabu, 3 Disember 2008

HAPPY BIRTHDAY


HAPPY BIRTHDAY TO DJ NORIDAH "DJ NOI"

It's 4th Dec, one of my Dj's fren having her bufday today, the one and only "Dj Noi" also knwn as Dj Noridah, yang bersuara lembut dan ayu..jangan inda galat.... noii selamat hari jadi ah, semoga di panjangkan umur di murahkan rezeki, bahagia di samping suami tersayang dan tercapai segala impian mu...amin. Dj noi teman seperjuangan liya semasa dalam rancangan Sembang-Sembang Malam Minggu, kawan ketawa dan kalau kami on air berdua macam-macam tah yang timbul tu, sampai ikan lumba-lumba pun ada hehehe..p awas kalau kami duty berdua jangan kami di takuti if not...dj noi tah yang mula-mula takut tu ilang tarus ketawa kami tu..hehehe takutt hantu daa al maklum duty 12 midnite til 3 pagi, macam-macam ada daaaa. For my lovely n best fren dj noiiii tiada cake yang dapat liya bagi hanya cake gambar ane ja ah..hope u like it.....Dj Noi happy happy happy bufdayy dear

Selasa, 2 Disember 2008

SCHOOL HOLIDAY


Musim cuti sekolah datang lagi..to all my lovely niece and nephew selamat bercuti, don't forget stay at Nene house and jalan with bungz...hehehe. Seperti biasa kalau time cuti sekolah ane ada tah anak-anak buah ngusut tu(sayang semua)...bungsuu bawa jalan....actually seronok kalau durang beimpun macam-macam kan di dengar dan d liat kerenahnya...meriah ane wah. Sebenarnya musim cuti ane yang seronoknya bercuti di luar negara...pun cukup budget lah tapi jangan kita lupa di negara kitane ane sememangnya ada lagi banyak tempat yang perlu di kunjungi dan di terokai yang masih indah dengan tanaman flora dan fionanya. Semoga kedatangan musim cuti sekolah ane adik-adik dapat memenafaatkan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah dan gembira di samping family tersayang. To my lovely niece Izzah...well dear, your dream comes true, a trip to Paris, siuk ehh...enjoy your holiday there dan bungz doakan u gonna get best result for your 'O' level exam. Take care sepanjang di sana.

Beberapa tips untuk mengiskan masa percutian:-

*Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, melakukan riadah bersama

*Melawat tempat-tempat yang menarik di seluruh negara ataupun ditepi pantai atau taman rekreasi, boleh pergi ke Pantai Muara,Pantai Serasa, Taman Simpan Berakas dan banyak lagi lah pantai di negara kitane ane tempat untuk berkelah.


*Bersukan

*Menonton Wayang bersama keluarga

*Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

*Berkunjung ke perpustakaan awam yang berhampiran tanamkan tabiat suka membaca

*Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.

* Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama

*Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan


Nahh macamana ada idea bagaimana untuk mengisikan masa cuti sekolah ane, semoga dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para ibu bapa dan adik-adik yang sedang bercuti..SELAMAT BERCUTI!!!!!



Isnin, 1 Disember 2008

Ahad, 30 November 2008

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH

ZULHIJJAH merupakan bulan kedua belas di dalam kalendar Islam hijri di samping salah satu daripada empat bulan haram (mulia lagi dihormati) di dalam Islam. Kelebihan bulan-bulan mulia ini disebutkan oleh Allah s.w.t. di dalam firman-Nya ayat 36 surah at-Taubah.Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana ibadah haji ditunaikan di dalam bulan berkenaan. Amalan yang mulia ini telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. dan diteruskan oleh anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s. berlanjutan sehingga ke zaman Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Kemuncak ibadah haji adalah pada hari Arafah, hari kesembilan di dalam bulan Zulhijjah yang digambarkan sebagai perhimpunan umat Islam yang teragung, lambang kesatuan akidah dan perpaduan, tanpa mengenal batasan pangkat dan harta, kesemuanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.Antara kelebihan yang dipaparkan oleh Baginda Nabi s.a.w. mengenai permulaan bulan Zulhijjah yang mulia ini, supaya direbut peluang keemasan yang disediakan oleh Allah Taala untuk mereka yang mengharapkan pengampunan Ilahi, diceritakan oleh Ibnu Abbas bahawa Baginda Nabi s.a.w.bersabda : Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah. Para sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun. (Riwayat al-Bukhari).Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa baginda bersabda: Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan daripada Jabir bahawa baginda bersabda: Seutama-utama hari adalah hari Arafah.
Amalan yang dianjurkan pada bulan ini antara lain ialah:

* Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis yang menyatakan kelebihan ibadah ini.

* Berpuasa pada hari-hari tersebut sekadar kemampuannya, terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia merupakan pilihan Allah sendiri. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Qatadah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

* Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya. Firman Allah yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum). (Al-Haj : 28). Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari pada bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan zikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di antaranya, Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq meriwayatkan bahawa para Fuqaha (ahli fikah) di kalangan tabien (generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu (Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilhamd). Kerana ia amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, di jalanan, masjid dan sebagainya berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas nikmat-Nya memberi hidayah kepada kamu). Juga dibenarkan pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala doa yang baik.

* Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah. Manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda, Sesungguhnya Allah cemburu (tidak suka) apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya (Muttafaq alaihi).
* Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi lebih disukai oleh Allah jika dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

* Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat-solat fardu (yang dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Hari Raya Haji (10 Zulhijjah). Kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ketiga belas Zulhijjah.* Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s. setelah Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Ismail a.s. tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

* Imam Muslim meriwayatkan daripada Ummi Salamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (menyembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya daripada (memotong) rambut dan kukunya. Dan di dalam riwayat lain, Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.''Terdapat persamaan perintah (agar tidak mengerat kuku, rambut atau bulu di badan) ini dengan mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya. (Al-Baqarah : 196).Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada tuan punya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya, melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya. Adalah tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

* Setiap Muslim hendaklah berusaha menunaikan solat Hari Raya Haji secara berjemaah, menunggu untuk mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnya setiap individu Muslim mengetahui hikmah di sebalik perayaan ini yang merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan di samping menjauhkan diri melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, seperti mengerjakan maksiat, menyombong diri, bertengkar, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

* Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya. Semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Kepada mereka yang menunaikan fardhu haji bersama kita berdoa semoga mereka pulang ke tanah air dengan selamatnya dan mendapat Haji "Mabrur"...amin.

Info di dapati melalui web: muslimini.blogspot.com

Retro 941

Last Saturday, minggu terakhir bulan November having Retro dengan lagu-lagu:-

Masmona-Jefrydin dan
Menaruh Harapan- Zaiton Sameon

Untuk minggu terakhir mencari juara mingguan, terima kasih pada yang ikut serta menceriakan Retro pada malam itu, kepada Lia...not me, namanya sebenar Nurliya, tahniah menjadi juara mingguan. Awal bulan Disember akan bersama dengan juara-juara mingguan sepanjang Retro di kendalikan yang mana mereka akan meneruskan perjuangan, siapakah di antara mereka yang akan terus mara ke peringkat seterusnya. Untuk itu jangan lupa bersama liyaaa menceriakan lagi malam minggu biskita.