Isnin, 15 Disember 2008

ROS MERAH



Tentang Bunga Ros...mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima, dan adakah biskita pernah menerima sekuntum bunga ros....setentunya senyum sepanjang hari bila menerima kuntuman bunga ros.. Apakah ia melambangkan rasa kasih,cinta,simpati,ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna mengandungi maksud tersirat.

Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati olehorang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkanpelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudahpujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros.Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampumenyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum biskita berkunjung kemana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atausekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yangdimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bungayang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kita dan orang yang menerimanya.
Bunga ros merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya...
Untuk minggu ini bunga idaman hati adalah bunga ros merah...wow...di lain keluaran akan liya kongsikan apakah yang tersirat pada bunga ros warna kuning,merah jambu dan lain-lain lagi....nantikan saja k.. sayang untuk semua.

Tiada ulasan: