Rabu, 21 Januari 2009

KITA PERLU BERSYUKUR

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...untuk renungan bersama

1. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

2. utk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan..macamana kalau terlebih makan...dah terlebih dah hehehe

3. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

4. utk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

5. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

6. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

7. utk tempat letak kereta yg jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

8.utk jam loceng yg berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Itulah di antaranya

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" inda ja...jaa

Tiada ulasan: