Rabu, 15 April 2009

KELAB HARMONI

KELAB HARMONI 2009

Kelab Harmoni kembali lagi setelah sekian lama menyepi dari persada seni hehehe...dari harmoni fm laa, sememangnya ahli-ahli kelab menantikan agar rancangan ini kembali bersama pendengar semuanya...Finally kelab harmoni kembali bersama pendengar-pendengar harmoni pada 12hb April 2oo9, rancangan kelab harmoni akan bersama pendengar setiap dua kali sebulan.

Inilah teman sepejuangan di harmoni fm yang menjadi penyampai pada petang itu iaitu Dj-Dj yang sudah glam gitu dengan rancangan berpantun..mereka ialah Dj Is dan Dj Zumai (nama glam ka zumai x ah) sesuai durang ani di tamukan macam-macam pantun wah adanya kelurusan tah jua Tuan Haji Dollah ada datang meriah tah lagi dengan pantun naaah. Teman yang di belakang atu atu Dj baru harmoni Dj Rosma pakai baju belang2 dan yang cute pakai tudong ikin atu Dj Nazeerah.

Ani di antara mereka yang datang dalam rancangan Kelab Harmoni, sorry ah gambar inda berapa clear, di antara yang ada datang Kajah Norsiah (Dapur Harmoni) inda di sangka rupanya pandai menyanyi kajah ah...Hj Dollah, Sarbanun Kula dan ramai lagi yang inda kami sangka ada datang siapa naaah...gambarnya ada di bawah ah..

Sayang eh inda tia clear gambar ani, atu yang pakai baju biru menari ani iyatah namanya Hj Jailani ne...inda kami sangka ada ia datang...


Tuan Haji Saban Nasar, peminat dan pendengar harmoni yang begitu setia sempat menyumbangkan lagu dalam rancangan kelab harmoni pada petang itu.

Jangan lupa untuk bersama dalam Rancangan Kelab Harmoni pada Ahad 19hb April 2009 ini bermula jam 4 hingga 5 petang. Pada mereka yang ingin bersama bernyanyi dalam rancangan berkenaan pastikan biskita awal datang dan membawa bersama VCD masing-masing.
Sampai jumpa lagi...


Tiada ulasan: